Monday, 18 May 2015

 
 
 
 
 


Zaman sekolah merupakan antara kenangan manis yang diingati ramai.Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah.Juga inilah zaman saya banyak mencipta kenangan pahit manis bersama kawan-kawan.
Kata kawan-kawan sebelum SPM kita jumpa lepas SPM kemudian lepas SPM semua dah hilang.
Setiap tahun sekolah hantar surat jemputan perjumpaan PIBG.Setiap tahun juga 95% ibu bapa tak hadir perjumpaan.Mana taknya takut ,nanti cikgu mengadu pasal kita.
Kita cakap kat cikgu nak pergi tandas tapi kita tawaf satu sekolah.Kekadang tu dari kelas ke kantin, padang, koperasi dan akhirnya baru jumpa tandas.
Bila dapat keputusan periksa teruk Ibubapa saya mula tanyakan keputusan saya tapi alasan saya cikgu tak bagi lagi.Takut kena marah.
Bila di sekolah rendah ketua kelas mesti tulis nama dan kesalahan di papan putih kat depan.Dari sini la mula saya duduk diam-diam sebab tak nak kena marah dengan cikgu.
Bila di sekolah menengah pula bila ketua kelas buat bising,apa lagi kami lagi la bising.Kekadang bila periksa selalu dapat markah rendah lepastu mula minta ‘markah kesian’ dengan cikgu.
Dulu zaman sekolah bila kutuk orang lain bukan main okay.Masa kena kutuk balik merajuk saya.Kat sekolah dulu ada 2 jenis merdeka, hanya di sekolah di Malaysia 31 Ogos dan lepas habis paper akhir exam.Habis exam ja mesti hoorayy!
Bila diingat kan balik dulu kalau buat homework,mesti siapkan homework cikgu garang dulu.kan?Lepatu alasan paling biasa bila homework saya tak siap saya cakap lupa bawa buku cikgu.
Dulu selalu sangat conteng meja sekolah dan cikgu pula berkali-kali ulang ayat yang sama “jangan conteng meja” tapi kami buat tak tahu jaa.
Dulu suka sangat pergi perpustakaan bukan untuk membaca tapi sebab ada aircond yang sejuk lepastu tidur.Saat yang ternanti-nanti bila loceng waktu balik berbunyi.Sebaik saja loceng bordering,saya terus terkam lari keluar tak peduli apa dah.Yang tahu masa tu nak balik jaa.
Masa paling best bila cikgu cakap “buat kerja sendiri” masa tu la masa paling bahagia sangat.Dulu kalau kuku panjang ja mesti kena tangkap ,sebabtu potong kuku sebelum perhimpunan sebab tak nak kena tangkap.
Hari pertama masuk kelas terus chop tempat paling belakang.Nak duduk belakang sebab bebas nak buat apa saja.Kalau duduk depan sekali kena fokus masa cikgu mengajar.kita akan rasa tak puas hati bila cikgu pindahkan tempat dari duduk sebelah kawan ke tempat lain.Benda ni lah paling tak suka.
Dan kini rasa rindu menjengah di hati saya bila teringat balik kenangan zaman sekolah kerana ia tak akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment